8:10 PM
Thinker Toy Robot
* mengandungi 38 pieces
* kesesuaian umur: 3 tahun ke atas
Permainan Thinker Toy Robot..adalah permainan yang menyeronokkan!!
Thinker Toys ialah permainan binaan (Construction Toys) yang membantu memperkembangkan:
1. Kemahiran kognitif (berfikir).
Kanak-kanak yang selalu bermain dengan Thinker Toys akan menggunakan
otaknya untuk berfikir membuat pelbagai model. Kajian membuktikan
kanak-kanak ini mempunyai daya pemikiran kreatif melebihi kanak-kanak
yang tidak bermain dengan mainan binaan. Mereka juga mempelajari konsep
bentuk, ruang dan pengukuran apabila bermain dengan Thinker Toys.
Sebagai contoh melalui mainan sebegini mereka belajar mengenai, besar
kecil, panjang pendek. Mereka akan belajar memilih dan membanding dalam
aktiviti binaan seperti Thinker Toys. Ini akan membantu mereka memahami
konsep matematik yang lebih kompleks nanti.
2. Motor halus.
Bermain dengan Thinker Toys melatih kanak-kanak menggunakan jari
jemarinya. Ini akan membantunya untuk mudah memegang alat tulis dan
menulis. Di samping itu, permainan seperti ini akan membantu
mengembangkan koordinasi mata tangannya yang sekali lagi akan penting
untuk membaca dan menulis.
3. Kemahiran sosio-emosi.Sekiranya
kanak-kanak bermain dengan Thinker Toys ini bersama adik-beradik atau
kawan-kawan, dia akan belajar bersosial. Dia akan berbual-bual dan
bertolak ansur dalam bermain.
4. Kemahiran bahasa.
Tentu sekali apabila bermain, kanak-kanak akan bercerita mengenai
rekaan binaannya. Dia akan juga bercerita sepanjang proses pembinaan.
Ibu bapa yang membimbing anak kita bermain akan memperkenalkan
perkataan-perkataan baru kepada anaknya. Sekali gus mempertingkatkan
keupayaan bahasa anak itu.
Harga:RM42.00
Pos: RM 6.00
0 comments:
Post a Comment